Tips Gambar Cantik Guna Smartphone

“Atuk, duduk diam-diam ya”

Zaman sekarang, tak payah usung kamera DSLR besar bagak tu. Bak kata pepatah “Benda boleh Smart Phone, nak buat apa kamera besar”. Ada betul juga pepatah tu. Teknologi kamera untuk Smart Phone dah boleh kita kategorikan tahap dewa. Mana taknya, ada yang boleh Zoom 40x. Dahsyaaaattt wehhhh…
.
Tapi hari ni, kita tak nak bincang pasal sape punya kamera paling power. Sebabnya, walaupun kamera power, ilmu ambil gambar tak cukup pun tak berguna. Ada beberapa tips yang boleh kita guna untuk hasilkan gambar yang cantik, menarik, tertarik, kau memang da bom.. (apa aku merepek ni).
.
1. Sumber Pencahayaan yang cukup. Paling terbaik adalah cahaya dari sumber matahari. Konfem cerah. Kalau dalam studio pun boleh, tapi cuma perlukan lampu yang banyak.

2. Sudut Pencahayaan yang betul atau on point. Ada 3 jenis iaitu Front light, Side light dan Back light. Elakkan guna Back light kerana ia akan buat subjek gambar anda jadi gelap gelita. Tempat dah cantik tapi gambar gelap. Frust wehhhh!!!

Stafford, England

3. Ada 2 waktu yang paling best untuk ambil gambar iaitu Golden Hour (1 jam sebelum matahari terbenam dan 1 jam lepas matahari terbit) dan Blue Hour (15 minit lepas matahari terbenam dan 15 minit sebelum matahari terbit).

Puncak Gua Hira’
Jeti Kota Kinabalu
Perkuburan Baqi’
Masjid UIA, Kuantan

4. Penggunaan komposisi yang betul. Contoh : Rule of Third, Leading Line, Framing, Reflection dan Flat Lay.

Portmeirion Botanic Blue
Bala Lake Railway, Snowdonia
Masjid Wilayah Persekutuan

 

Tasik Bukit Cerakah, Shah Alam

 

Portmeirion Botanic Roses

5. Practice. Kena selalu cuba dan terus mencuba. Untuk peniaga online, sebaiknya anda ada beberapa apps ini untuk buat editing pada gambar produk atau penghasilan posting harian : Snapseed, Lightroom, Phonto, Canva.

.
P/S : Smart Phone Camera, Snapseed, Phonto, Canva
.
#ukmari #AlccBizCircle

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.