Indahnya Berniaga

Semalam, abang ada buat sharing tentang perjalanan biz UK Mari bersama sahabat-sahabat ALCC Biz Circle. Mereka tertarik dengan macam mana proses team abang lakukan bermula dari order customer, packing, seterusnya sampai ke tangan empunya badan di Malaysia.
.
Nampak macam mudah, abang pun tak sangka. Lepas je abang taip cerita ni, abang dapat rasakan kepenatannya. Ecewahhhh..
.
1. Bila semua order dari customer sampai rumah di Stafford, kami akan periksa dulu dan terus packing. Tujuannya, kita tak nak barang dah bertimbun, baru nak buat. Lagi susah dan leceh. Ada jenis barang yang perlu packing setiap satu dengan bubble wrap contoh yang mudah pecah. Jadi, leceh sikit. Tapi jangan risau sebab kami memang PAKAR dalam bab wrapping barang mudah pecah. Ada cara dan rahsia.

Inilah rupa bila barang sampai dari kedai. Kami akan buka dan periksa setiap satu. Lambat buat, terus bertimbun.


Kasut paling best sebab tak susah pecah. Hehehe. 

Barang mudah pecah, semua kena packing setiap satu.

Selesai packing, kami akan susun macam ni.

2. Kami akan susun mengikut jenis barang dan saiz. Sebab lepas wrap, kami akan masukkan semua barang ke dalam kotak. Part ni agak tricky sikit. Kalau pandai, banyak ruang kita boleh maksimumkan dan barang susah nak pecah kerana mampat. 

3. Shipping agent akan datang collect barang untuk di bawa masuk ke dalam kontena. Proses dari UK ke Malaysia biasanya akan ambil masa dalam 7-8 minggu. Sampai di Malaysia, barang akan dihantar ke UK Mari – Shah Alam. Sebelum barang-barang diagihkan mengikut order customer, kami akan periksa dulu satu persatu. Urusan agihan ada macam-macam cara mengikut kehendak customer. Biasanya, disekitar Lembah Klang, ada yang suka self-collect, pos via Gdex dan delivery via runner. Kami tak kesah yang mana, insyaallah akan kami penuhi.

Shipping agent datang collect barang-barang untuk urusan courier ke Malaysia.

4. Lepas pihak shipping agent datang collect semua barang, itu adalah saat cemas buat kami. Doa tak putus-putus moga semuanya selamat dan dipermudahkan Allah. Nampak macam mudah kan? Boleh tahan juga penat dia. Tapi apa laaa sangat, demi akak-akak sekalian, abang ok jeee.

Setelah hampir 7-8 minggu, semua barang selamat tiba di Malaysia.
.

5. Setiba di tempat kami, terus kami proses dari punggah, periksa, dan pengagihan ke semua pelanggan kami. Walau pun penat, tapi bila pelanggan kami gembira, kami sangat suka.

P/S : Gambar-gambar tu throwback masa abang ke UK tahun 2016 tak silap. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan sangat baik. Terima kasih semua atas sokongan kepada UK Mari dari mula hingga sekarang.
.
.
#ukmari #AlccBizCircle

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.