Bagaimana Lelaki Ini Mula Berniaga Dari Rumah

Abang lari guna selipar Run Out Marathon 2019

Trend berlari pakai selipar, dah jadi makin popular dikalangan peminat sukan marathon. Malah, ada juga wujud satu trend baru iaitu geng barefoot runner.  Tapi hari ni, bukan nak cerita pasal di atas. Kali ni, abang nak cerita pasal pengalaman masa pegi beli selipar untuk Full Marathon.

Abg Sham pilih merah tapi pink 😂

”Road To Hulu Langat Full Marathon”

1. Semalam kami nak pegi beli selipar untuk lari. Jadi kami cuba hubungi seorang brother pembekal selipar Y Sandal. Lepas solat Maghrib, kami terus ke rumah beliau. Setiba di sana, bila kami masuk rumah, fuhhhhh.. sangat sangat sangat teruja. Rumah dia penuh dengan selipar Y Sandal. Bersusun berkotak-kotak. Dahsyaaat.

Penuh stock Y Sandal

2. Paling abang teruja adalah cara brother ni didik pelanggan macam kami ni. Beliau terangkan dari cara mula macam mana nak pakai selipar dengan betul, cara untuk berlari, penjagaan dan seterusnya, tips-tips yang berkenaan.

Bersama brother K P Tan (Y Sandal Berhad)

3. Abang rasa dalam bisnes abang, perkara ini yang kena abang buat lebih. Servis dulu, baru duit masuk. Atau kata lainnya, orang akan beli bukan sebab barang tu bagus tapi sebab diri si penjual. Ini lah konsep yang abang belajar dalam ALCC Biz Circle. Kita kena banyak bagi info-info atau tips-tips yang berguna buat bakal pelanggan. Lagi banyak bakal pelanggan kita dapat info yang berguna, makin tinggi peluang untuk mereka beli dengan kita.

Abg Sham gelap mata tengok Y Sandal

4. Satu lagi benda yang abang belajar dekat sini adalah berniaga lah dengan apa yang ada. Bukan awal-awal ko dah nak ada kedai besar-besar macam Tesco. Berniaga ibarat macam kita juga. Mula dari baby, pelahan-lahan pandai merangkak, berjalan dan berlari. Ada masa kita dah berlari, kena berjalan balik. Itu lumrah dan tak semua benda mudah.

“Sabar haaa, saya kasi bawak keluar yang baru”

5. Macam brother ni, dia kata “Nasib baik u datang minggu ini, kalau next week, ada lagi 13 kotak susun sini semua” fuiiyoooo. Abang tengok rumah dia semalam pun dah wowww. Kalau masuk lagi stock, super duper wowwww. All the best brother KP Tan (omputeh skek).

Kami bayar pakai Boost Apps

UK Mari

Perlari berselipar

#ukmari #AlccBizCircle #roadtofullmarathon #hululangatmarathon2019

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.