Botanic Garden by Portmeirion

Dinnerset & Teaset Botanic Garden

Dalam produk Portmeirion, ada banyak corak dan hampir kesemuanya berkonsepkan bunga-bungaan. Setakat ini, hasil pemerhatian abam, corak Botanic Garden adalah pilihan utama kebanyakan orang.

Corak Botanic Garden

Kenapa ramai orang suka?

Sebabnya, antara banyak-banyak corak, Botanic Garden sahaja yang mempunyai kepelbagaian produk. Contoh : Corak Botanic Garden, ada hampir 100 jenis produk seperti set pinggan makan, set cawan teh, set mangkuk dan periuk untuk menghidang. Manakala corak yang lain, hanya mempunyai produk yang terhad. Ini bermakna, Portmeirion sudah membuat kajian kesukaan pelanggan mereka. Jadi mereka FOKUS!

Botanic Garden Casserole 6 pint

Apa yang unik berkenaan produk Portmeirion ini adalah corak bunga mereka mempunyai bermacam-macam warna dan bentuk. Sebagai contoh, setiap set pinggan makan anda, semuanya bunga berlainan. Manakala produk seperti Corel**, bunga semua sama. Ini membuatkan setiap peminat Botanic Garden, akan berusaha mengumpul bunga kegemaran. Macam mana? Seronok tak? ☺️

Botanic Garden Heart Dish

Antara nama corak yang popular dalam Botanic Garden adalah seperti bunga Hydrangea, Foxglove, Peony, Poppy, Sweet Pea, Tulip, dan banyak lagi. Jadi, ramai peminat akan cuba mengumpul bunga idaman mereka. Ada juga aktiviti menukar corak antara satu sama lain kerana mereka mempunyai bunga yang sama. Ibarat macam kita pegi rumah orang, bawak makan, kali ni tukar, bawak Portmeirion. Huuuuu.. kemain😝(gurau).

Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut mengenai Botanic Garden, sila komen di ruangan komen.

Sila klik link ini untuk cuci mata produk Portmeirion yang ada “Ready Stock” di UK Mari. UK Mari Ready Stock!

Botanic Garden
Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.